Pages

Thursday, March 17, 2011

Jawatan Kosong di Technology Park Malaysia


Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. ingin mempelawa rakyat Malaysia yang berminat dan mempunyai kelayakan yang bersesuaian untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. POLIS BANTUAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia
- Berumur di antara 21 - 30 tahun. Bagi bekas anggota PDRM/ATM, umur mestilah tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
- Berkelulusan minimum SPM dengan kepujian sekurang-kurangnya 4 matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia.
- Mempunyai ukuran badan & pancaindera seperti berikut:

i) Tinggi minima - sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) & 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
ii) Berat badan - sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) & 48kg (wanita)
iii) Ukuran lilitan dada - biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas (LELAKI sahaja)
iV) Ujian penglihatan - V/6/9 tanpa cermin mata / sebarang alat bantuan
v) Pengecaman warna dan pendengara yang normal

- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal
- Tiasa rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Boleh bekerja syif.

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, salinan sijil-sijil (sijil akademik, kad pengenalan & sijil kelahiran) dan sekeping gambar (terkini) berukuran pasport tidak lewat daripada 21 Mac 2011 ke alamat seperti di bawah:

Pengurus
Jabatan Modal Insan
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
Level 5, Enterprise 4, Lebuhraya Puchong - Sungai Besi,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-8998 2020 / 3205
Faks: 03-8996 1750

Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

No comments:

Post a Comment